Bagi mengenal dan mendiagnosa seorang dyslexia amat rumit. Ia memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam. Lebih mudah untuk mengdiagnosa dari segi akademik.
Dyslexia boleh di diagnosa menggunakan;
- Ujian I.Q dan Ujian Bacaan
- Dua ujian ini dijalankan bagi mengenalpasti samaada I.Q tinggi dan diikuti dengan ujian membaca.
- Kanak-kanak dyslexia mungkin mempunyai I.Q yang tinggi tetapi terlalu lemah dari segi membaca.
- Senarai semak
- Teknik ini di jalankan dengan menggunakan senarai semak yang di cipta oleh pakar supaya dapat kepastian mengenai adanya ciri-ciri dyslexia.
- Diagnosa dyslexia ada berbagai cara termasuklah ujian saringan menggunakan permainan computer. Anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar bagi mengesahkan samaada anak tuan/puan ada dyslexia.
- Lebih awal ujian diagnosa dilakukan,lebih baik kerana ini akan memudahkan untuk menjalankan intervensi awal.