Teknik mengajar yang terbaik bagi kanak-kanak adalah di ajar secara bersesuaian dengan cara dia belajar. Sekiranya seseorang kanak-kanak itu telah menguasai asas membaca, mengira, mengeja dan menulis kebanyakannya kanak-kanak dyslexia boleh teruskan seperti kanak-kanak lain.
Strategi serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan telah di dedahkan bagi mendapat penguasaan yang positif dalam mencapai kejayaan. Satu teknik yang digunakan adalah kaedah multi-sensori dimana seseorang kanak-kanak di ajar dengan menggunakan semua deria, lihat, dengar, rasa.
Kanak-kanak dyslexia mempunyai kesukaran untuk memberi tumpuan yang lama, oleh itu digalakkan memberi rehat di antara sesi pembelajaran yang panjang kerana ianya lebih efektif.
Mengajar kanak-kanak dyslexia mesti menunjukkan sesi pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan melalui bermain sambil belajar.
Menggunakan pelbagai warna akan membantu kanak-kanak mudah belajar.
Semasa mengajar kerap memberi arahan yang pendek dan jelas supaya mudah untuk difahami. Pengulangan juga digalakkan terutamanya bila mengajar penggabungan sukukata b+a=ba t+u=tu batu
Paling penting adalah semasa mengajar perlu bersabar dan guna berbagai kaedah supaya dapat kenalpasti kaedah yang mana paling sesuai untuk kanak-kanak tersebut.