- Meningkatkan pendidikan dan kebajikan umum kanak-kanak dan orang lain yang terjejas oleh disleksia dan ketidakupayaan pembelajaran yang lain.
- Untuk meningkatkan pendedahan mengenai disleksia serta keperluan dan masalah-masalah yang dihadapi serta membantu mereka mendapatkan diagnosis dan rawatan khusus supaya kecacatan mereka boleh diperbaiki seawal mungkin.
- Untuk menggalakkan badan-badan yang berkenaan seperti latihan guru supaya membolehkan mereka mengenalpasti dyslexia di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
- Mengangjurkan latihan dalam perkhidmatan bagi guru di kawasan yang tiada program intensif dyslexia
- Mengambil langkah mewujudkan perkhidmatan di kalangan persatuan-persatuan atau mana-mana syarikat yang mengendalikan program bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.
- Berganding bahu dengan mana-mana persatuan dalam memberi bimbingan bagi mengurangkan beban kanak-kanak yang mengalami disleksia.